dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Video Sony Vegas - 1

23 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

22 Mac 2018 – Satu kelas membuat video menggunakan aplikasi ‘Sony Vegas’ telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Linggi pada 22 Mac 2018. Kelas ini adalah hasil kolaborasi PI Linggi bersama Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Linggi bertujuan untuk mengajar AJK Biro IT DUN Linggi tentang cara-cara membuat video yang menarik. Tenaga pengajar bagi kelas ini adalah Encik Mohd Nor Qadar Bin Nawawi iaitu seorang guru dan juga jurugambar bebas serta dibantu oleh Pengurus PI iaitu Puan Yusaini Md Yusof.

Antara yang telah diajar ialah cara-cara membuat video dengan menggunakan gambar serta memilih dan memuat turun lagu untuk dijadikan muzik latar video. Puan Yusaini turut mengajar peserta tentang Klik Dengan Bijak berkenaan dengan akta hakcipta lagu dan video yang terdapat di internet. Seramai 10 orang AJK Biro IT DUN Linggi menghadiri kelas ini yang bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 tengah malam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.