Program S.A.F.E Internet di SK Cengkau

17 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

16 Disember 2024 – NADI Linggi bersama-sama dengan NADI Kota Pekan, NADI Felda Jelai 4 dan NADI Felda Bukit Rokan telah membuat Program S.A.F.E Internet di SK Cengkau dan telah dihadiri 130 orang pelajar serta guru sekolah.

Program ini adalah untuk memberi taklimat mengenai keselamatan Internet kepada pelajar di SK Cengkau. Petugas memulakan dengan memperkenalkan NADI kepada pelajar serta perkhidmatan yang sedia ada di NADI.

Selepas itu, pelajar diperkenalkan kod Internet S.A.F.E yang merangkumi makna dan ciri-ciri keselamatan Internet serta memberi panduan tentang keselamatan yang betul bagi melindungi maklumat peribadi. Di akhir taklimat, telah mengadakan sesi soal jawab serta beberapa kuiz untuk pelajar mendapatkan hadiah dan saguhati daripada petugas NADI.

Akhir sekali, petugas NADI Linggi ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat SK Cengkau kerana sudi menjemput NADI Linggi, NADI Kota Pekan, NADI Felda Jelai 4 dan NADI Felda Bukit Rokan untuk membuat program buat pelajar di sana.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali