Program S.A.F.E Internet di Tabika Kemas Rumah Rakyat Linggi

21 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

20 Disember 2024 – NADI Linggi telah membuat Program S.A.F.E Internet di Tabika Kemas Rumah Rakyat Linggi dan telah dihadiri 2 orang guru serta 20 orang pelajar.

Program ini adalah untuk memberi taklimat mengenai keselamatan Internet kepada pelajar Tabika Kemas Rumah Rakyat Linggi. Petugas memulakan dengan mempekenalkan NADI kepada pelajar serta perkhidmatan yang sedia ada di NADI. Selepas itu, pelajar diperkenalkan kod Internet S.A.F.E yang merangkumi makna dan ciri-ciri keselamatan Internet serta memberi panduan tentang keselamatan yang betul bagi melindungi maklumat peribadi. Di akhir taklimat, pelajar diberikan aktiviti mewarna dan pemberian hadiah serta sijil penghargaan kepada Tabika Kemas Rumah Rakyat Linggi.

Akhir sekali, petugas NADI Linggi ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Tabika Kemas Pengkalan Durian kerana sudi menjemput NADI Linggi membuat program untuk pelajar di sana.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali