Program MCMC Microsoft AI TEACH Negeri Sembilan
26 Januari 2025 | Aktiviti Terkini25 Januari 2025 – Program MCMC Microsoft AI TEACH peringkat Negeri Sembilan telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 25 Januari 2025 hingga 26 Januari 2025 dan terdapat 1 peserta wakil NADI Linggi yang telah terlibat di dalam program ini.
MCMC telah menganjurkan Program MCMC Microsoft AI TEACH peringkat Negeri Sembilan bagi memperkasakan komuniti setempat dengan pembangunan kapasiti Kecerdasan Buatan (AI). Program ini juga bertujuan untuk memperkukuh peluang kerjaya dengan memberi latihan menyeluruh di dalam kemahiran AI.
Peserta berpeluang mempelajari asas-asas AI, pertimbangan etika serta kemahiran praktikal seperti penulisan resume dan pembangunan portfolio. Setelah tamat latihan, peserta akan menerima sijil penyertaan dan mendapat bantuan sokongan penempatan pekerjaan melalui Kerjasama dengan PERKESO.
Program ini telah dianjurkan bersama-sama dengan rakan pelaksana iaitu Biji-biji Initiative serta rakan kerjasama strategik iaitu UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban dan Kuala Pilah juga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Terima kasih buat peserta NADI Linggi kerana telah tamat menghabiskan program ini selama 2 hari. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktik dan diaplikasikan sebaik yang mungkin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: