Awareness - Perkongsian Kandungan Secara Beretika
3 September 2026 | Aktiviti Terkini2 September 2026 – Seramai 7 orang pelajar sekolah rendah juga menengah yang telah menghadirkan diri bagi sesi webinar Kesedaran yang bertajuk Perkongsian Kandungan Secara Beretika di NADI Linggi.
Sepanjang webinar ini dijalankan, peserta dapat mengetahui mengenai kepentingan berkongsi kandungan di media sosial dan platform digital secara bertanggungjawab.
Peserta didedahkan kepada aspek etika seperti memastikan kesahihan maklumat, menghormati privasi orang lain, mengelakkan penyebaran berita palsu serta menggunakan bahasa yang sopan ketika menghasilkan dan berkongsi kandungan.
Webinar ini dapat meningkatkan kesedaran peserta agar lebih bijak, berhemah dan bertanggungjawab dalam penggunaan media digital.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini. Semoga ilmu yang diberikan dapat memberikan manfaat kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: