MAHIR Prompt Engineer – Cohort 2 Level 1 Minggu 3 : “Pembangunan Laman Web Berasaskan AI”
23 September 2026 | Aktiviti Terkini22 September 2026 – Seorang peserta dari NADI Linggi telah menyertai Kelas Mahir Prompt Engineer Cohort 2 Level 1, Modul 3 Sesi 2 yang bertajuk ‘AI Powered Website Development’ (Pembangunan Laman Web Berasaskan AI).
Melalui sesi ini, peserta mempelajari bagaimana teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh dimanfaatkan untuk memudahkan proses pembangunan laman web, termasuk membantu menjana idea, menghasilkan kandungan serta membangunkan struktur laman web dengan lebih pantas dan mudah.
Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan AI sebagai alat sokongan dalam menghasilkan laman web secara lebih cekap dan praktikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: