Kidsventure - Bijak Kewangan (Live Webinar)
24 Mei 2026 | Aktiviti Terkini23 Mei 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi live webinar Kidsventure yang bertajuk Bijak Kewangan.
Sesi ini memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai kepentingan pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian. Webinar ini bertujuan untuk membentuk sikap berjimat cermat, bertanggungjawab dan bijak membuat keputusan kewangan sejak usia muda.
Di samping itu, webinar ini menekankan kepentingan sikap disiplin dan tanggungjawab dalam pengurusan kewangan. Peserta digalakkan untuk mengamalkan tabiat menyimpan wang secara konsisten dan membuat pilihan yang bijak ketika berbelanja.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: