MAHIR Prompt Engineer – Cohort 2 Level 1 Minggu 4 : AI untuk Penyelidikan dan Penulisan Laporan
30 September 2026 | Aktiviti Terkini29 September 2026 – Seorang peserta dari NADI Linggi telah menyertai Kelas Mahir Prompt Engineer Cohort 2 Level 1, Modul 4 Sesi 2 yang memfokuskan kepada topik “AI untuk Penyelidikan dan Penulisan Laporan”.
Sesi pembelajaran ini memberikan pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan teknik prompt engineering dalam mendapatkan maklumat yang lebih tersusun dan relevan, selain membantu melaksanakan proses penyelidikan dengan lebih sistematik.
Peserta turut didedahkan kepada kaedah memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membantu menghasilkan penulisan laporan yang lebih teratur, kemas dan berkualiti.
Penyertaan dalam kelas seperti ini memberi peluang kepada komuniti NADI Linggi untuk terus menambah pengetahuan serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi AI yang semakin penting dalam pembelajaran, penyelidikan dan tugasan harian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: