Tiny Techies - Inovasi Robotik Siri 6

4 September 2026 | Aktiviti Terkini

3 September 2026 – Seramai 3 orang pelajar sekolah rendah yang telah menghadirkan diri bagi sesi webinar Tiny Techies bagi Inovasi Robotik Siri 6 di NADI Linggi.

Sepanjang webinar ini dijalankan, peserta dapat mengetahui mengenai asas robotik dan penghasilan inovasi menggunakan teknologi.

Peserta diperkenalkan kepada konsep asas robotik, fungsi komponen serta cara teknologi robotik digunakan untuk menghasilkan penyelesaian yang kreatif dan praktikal.

Webinar ini dapat menggalakkan peserta berfikir secara kritis dan kreatif, meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah serta memupuk minat terhadap bidang teknologi dan inovasi.

Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini. Semoga ilmu yang diberikan dapat memberikan manfaat kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali