Tiny Techies - Animasi dalam Python Siri 6
4 September 2026 | Aktiviti Terkini3 September 2026 – Seramai 3 orang pelajar sekolah menengah yang telah menghadirkan diri bagi sesi webinar Tiny Techies bagi Animasi dalam Python Siri 6 di NADI Linggi.
Sepanjang webinar ini dijalankan, peserta dapat mengetahui mengenai asas penghasilan animasi menggunakan bahasa pengaturcaraan Python.
Peserta diperkenalkan kepada konsep animasi, penggunaan kod serta teknik asas untuk menghasilkan pergerakan dan elemen visual yang menarik.
Webinar ini dapat meningkatkan kemahiran pemikiran logik, kreativiti dan penyelesaian masalah dalam kalangan peserta, di samping memberi pengalaman pembelajaran teknologi yang interaktif dan menyeronokkan.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini. Semoga ilmu yang diberikan dapat memberikan manfaat kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: