Dilea - Open Tuition Bahasa Melayu (Tingkatan 2)
6 Februari 2026 | Aktiviti Terkini5 Februari 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi sesi pembelajaran Dilea iaitu Open Tuition Bahasa Melayu khas untuk Tingkatan 2.
Sepanjang sesi ini, pelajar didedahkan kepada topik-topik penting dalam silibus Bahasa Melayu Tingkatan 2 seperti pemahaman petikan, tatabahasa, pembinaan ayat, penulisan karangan serta latihan menjawab soalan dengan teknik yang betul. Penerangan yang jelas dan berperingkat membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan.
Selain itu, program ini turut menekankan kemahiran menjawab soalan peperiksaan dengan memberikan contoh-contoh soalan serta perbincangan jawapan. Pendekatan ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar dan membantu mereka mengurus masa dengan lebih baik semasa menjawab soalan.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: