MAHIR Prompt Engineer – Cohort 2 Level 1 Minggu 1 : “Pembangunan Laman Web Berasaskan AI”

9 September 2026 | Aktiviti Terkini

8 September 2026 – Seorang peserta telah mendaftar untuk menyertai Kelas Mahir Prompt Engineer Cohort 2 Level 1. Kelas pertama bagi Modul 1 Sesi 2 bertajuk “Introduction to Artificial Intelligence” (Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan).

Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada konsep asas kecerdasan buatan (AI) serta penerapannya dalam kehidupan dan dunia digital. Peserta turut didedahkan kepada pelbagai alat dan teknologi AI serta bagaimana AI boleh dimanfaatkan untuk menjana idea, meneroka maklumat, membantu menyelesaikan tugasan dan menghasilkan pelbagai pembentangan atau kandungan dengan lebih mudah.

Selain pembelajaran berkaitan AI, peserta turut diperkenalkan kepada penggunaan Mahir Training System (MTS), termasuk cara mengakses kelas secara langsung, mendapatkan bahan pembelajaran dan rakaman video, serta merekod kehadiran bagi setiap sesi.

Secara keseluruhannya, sesi ini memberikan asas kepada peserta untuk memahami peranan AI dan menyediakan mereka sebelum meneruskan pembelajaran ke modul-modul Prompt Engineer yang seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali