dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Explorace KDB & Hari Merdeka

23 September 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital bergabung dengan Perpustakaan Desa Kampung Pengkalan Durian bagi menjalankan satu program yang diberi nama 'Explorace KDB dan Hari Merdeka' pada 22 September 2015 yang lalu. Program ini berkonsepkan seperti rancangan tv realiti 'The Amazing Race' di mana setiap peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan harus menyiapkan beberapa tugasan untuk mendapatkan klu soalan seterusnya. Yang dapat menyudahkan tugasan dengan pantas dan tepat dikira sebagai pemenang. Explorace ini telah diadakan di Perpustakaan Desa Kampung Pengkalan Durian, selain dari lokasinya yang strategik, ianya juga dipilih kerana PI ingin mengambil peluang mendekatkan diri dengan komuniti secara amnya dan indinvidu yang tidak pernah datang ke PI khususnya serta mewujudkan hubungan erat dengan badan-badan NGO yang terdapat di sekitar Mukim Linggi ini. Selain daripada Explorace KDB dan Hari Merdeka ini, acara lain yang turut diadakan ialah Taklimat dan Permainan KDB, Pertandingan Menaip Pantas untuk golongan dewasa dan Pertandingan Mengenal dan Melukis Komponen Komputer untu golongan kanak-kanak. Program ini telah dihadiri oleh seramai 65 orang peserta. Acara bermula pada jam 2 petang dan berakhir jam 6 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.