dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Linggi, Negeri Sembilan
  • Utama
    • Mengenai PI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Anak-anak Celik IT – Kampung Barisan

23 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital telah menjalinkan satu kerjasama dengan JKKK Kampung Barisan dengan mengadakan satu program yang diberi nama Program Anak-anak Celik IT. Melalui perjanjian bersama Ketua Kampung dan Ibu Bapa di Kampung Barisan, mereka bersetuju untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas yang akan diadakan sepanjang program ini nanti. Program ini akan berlansung sepanjang bulan Oktober di mana kelas-kelas akan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 10.00 pagi hinggalah ke 1.00 tengahari. Kampung Barisan adalah salah satu kampung yang terdapat di Mukim Linggi, kedudukan kampung yang terletak jauh iaitu kira-kira 14km dari PI Linggi menyebabkan ramai penduduk di kampung tersebut terutamanya pelajar sekolah tidak mendapat peluang untuk datang dan menggunakan perkhidmatan PI. Maka sebab itulah PI Linggi mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Latihan, khas untuk anak-anak JKKK Kg. Barisan ini. Selain bertujuan untuk mengajar tentang ICT, program ini juga adalah sebagai salah satu langkah untuk mendekatkan PI Linggi dengan komuniti yang terdapat di kampung tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.